Langkau ke kandungan utama

NUCLEAR STRIKES - 2.0.1.3 (Single Album)


Sebagaimana yang diketahui umum, dalam tahun 2011 terdahulu, NUCLEAR STRIKES telah mengeluarkan sebuah EP berbahasa Inggeris berjudul “Megastorm Eye” yang mana telah meledakkan nama mereka bukan sahaja di rantau ini tetapi juga ke seluruh pelusuk benua Eropah, Amerika Selatan, Amerika Syarikat dan Asia.  Kini, setelah lebihkurang dua tahun tanpa material baru, Nuclear Strikes kembali dengan rilisan Single “2.0.1.3” dikeluarkan oleh MADRATTS PRODUCTION.
EKSTRIM mengambil kesempatan ini bertanyakan sekiranya ada perbezaan ketara dalam single “2.0.1.3” berbanding “Megastorm Eye” EP yang lalu dari sudut muzikal. “Tiada perbezaan di antara NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3.. Kami masih mengekalkan elemen yang sama... cuma kita memasukkan elemen muzik Malaysia, sesuai dengan citarasa para pendengar di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan negara serantau dengannya. Berbeza pula dengan Full Album akan datang dalam elemen heavy metal asli dan memberi jawapan kepada Megastorm Eye”, kata Rex Strike yang merupakan pemain gitar utama dalam band Heavy Metal ini.
Difahamkan Single ini mengandungi dua buah lagu Melayu dirilis khas buat peminat-peminat Nuclear Strikes di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dua buah lagu yang dimaksudkan adalah; ‘Dunia Cinta Dusta’ dan ‘Problema Cinta’. Tatkala disoal mengapa memilih senikata Bahasa Melayu untuk single ini dan berdasarkan judul lagu temanya agak berbau cinta, komen : “Ini disebabkan, selepas kami mengeluarkan album penuh kami yang hampir kesemuannya Bahasa Inggeris, semakin ramai peminat bertanyakan tentang lagu berbahasa Melayu pula jadi kami mengambil kesempatan ini untuk berbuat demikian. Selain itu, lagu ini lebih sesuai untuk penerimaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada lapisan masyarakat dan kaum”.

“Tema bagi Nuclear Strikes 2.0.1.3 ini kami akui berbaur cinta dan cerita disebalik kisah cinta ini bukan hanya saja untuk insan bercinta tetapi ianya lebih meluas kerana definisi cinta itu juga membawa banyak maksud seperti lagu Dunia Cinta Dusta berkisahkan dengan berdasarkan tajuk seperti 'dunia cinta'. Kalau kita cintakan dunia pun tidak boleh juga kerana kehidupan kita sebenarnya di akhirat. Kerana dunia ini hanyalah ujian buat kita”,.
“Cinta Dusta berkisarkan 2 orang insan yang telah berpisah. Sesuai dengan masyarakat kita yang sering mempunyai masalah cinta yang dusta. Manakala lagu Problema mengisahkan cerita cinta remaja yang tidak menggalakkan remaja untuk bercinta pada usia yang muda. Isi lagu ini lebih kepada moral”, kata Rex Strike menceritakan intipati lirikal lagu-lagu mereka dalam Single 2.0.1.3 ini.

Nuclear Strikes yang berasal dari Kajang dan dianggotai oleh Steelgirl Ladyana (vokal), Rex Strike (gitar), 1 2 Kill (gitar), Thunderbolt (bass) dan Iron Speed (dram) bakal melancarkan secara rasmi pengeluaran Single 2.0.1.3 ini semasa persembahan live mereka di Langkawi International Big Bike Fiesta 2013 di Pantai Cenang bertarikh 24-26 Mei nanti. Long Live Heavy Metal...


http://www.facebook.com/nuclearstrikes
http://www.facebook.com/groups/nuclearstrikes
http://nuclearstrikes.webs.com
http://nuclearstrikes.blogspot.com
http://www.facebook.com/madratts



Berita Dari EKSTRIMhttp://ekstrim-info.blogspot.com/2013/05/nuclearstrikes2013.html

Catatan popular daripada blog ini

Shima

Ku Nazhatulshima Kamarazzaman atau lebih dikenali dengan gelaran Shima merupakan seorang penyanyi rock Malaysia sekitar awal tahun 90'an dahulu. Pun begitu, keupayaan beliau menyampaikan lagu pop yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu. Lagu Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin membariskan nama Shima sebagai antara penyanyi yang popular pada era 90an. Biografi Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada 12 September 1969. Shima mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor. Sejarah Awal Kerjaya Shima sebagai seorang penyanyi bermula dengan kumpulan Shima and The Boys menggantikan penyanyi asal kumpulan itu iaitu Ella, sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo dengan album Shima. Album sulung Shima yang diterbitkan oleh Sani, Usop dan Siso pada tahun 1990 itu telah menaikkan nama Shima sebaris dengan dengan ...

INCARNATION Live at Rock The World Festival 2015

Hey guys, I started posting videos on my YouTube channel so please do check it out! There's a few good stuff in my libraries are yet to post and I'm still waiting for a right time to do it. I hope i can share with you guys few things here in my country. Don't forget to subscribe to my channel too! Follow the link here : https://www.youtube.com/channel/UC2TwJi0nUe_DlHUgf6Tyc6A/videos The official announcement for the band.  The Line up for RTW15. Here are the videos : Incarnation / Seismic Chaos Live At Rock The World 2015 (Noisy Stage) Incarnation / Solitary State Live At Rock The World 2015 (Noisy Stage) Incarnation / The Provacateur Live At Rock The World 2015 (Noisy Stage) Enjoy, click the like and tell me what you thinks guys :)  By Hilmi H

GOLDEN SERIES - SOFEA Legendary Malaysian Heavy Metal.

SYJ band originally from the ` Ex - December ' which also established by Syed Yusof Jamalulail ( at that time he was a member of the traffic police in Ipoh ) . It changed to the name ` SYJ ' in 1978 . The original members ` SYJ ' 1978 consists of Halim ( guitar and keyboard) , Fat Man ( bass ) , Pak Su Nor (drums - later replaced by  Din Urko) and Hamidi ( Flute ) . Female singer Rohana Kassim . SOFEA initially established by the late Syed Yusuf Jamalulail otherwise known as " Pak syed " with SYJ name in 1983 in Kampung Manjoi Ipoh, Perak . During the SYJ just playing weddings homes only. At that time, the original vocalist Amir SYJ'86 not he taken when vocalist audition for this group . Amir joined SYJ in 1985 . Pak Syed 's house when only a jamming studio . SYJ original singer has already retreated away from SYJ . In 1986 , SYJ'86 has joined the Battle of the Bands competition organized by Ali Bakar . At that time, the manager is Syed Yusuf J...