Langkau ke kandungan utama

Tayangan Eksklusif : Temubual Muzam bersama DJ Fairuz Muzik FM di Segmen 'Rock Selamba'.

Muzam (tengah) ketika bersama kumpulan Bloodshed.

Pengenalan tentang Muzam.

 Bermain instrumen drum ketika menubuhkan kugiran di zaman persekolahan. Sejak itu, bermula aktif dalam gig-gig tertutup sekitar tahun 1995 bersama kumpulan ''EXLAIMATION''. Juga mula bermain di majlis perkahwinan. Muzam berubah posisi dari pemain drum kepada penyanyi tak lama kemudian. 

 Pada tahun 2004, mula menubuhkan band projek bernama ''G.O.M'' (Gavanize On Me), mendapat tawaran untuk sesi rakaman yang di terbitkan oleh Saudara Man Kidal dan diuruskan oleh Saudara Hanna FEBIANS namun tergendala disebabkan masalah penaja. 

 Empat tahun kemudian, Muzam menyertai projek ' Come Back' kumpulan BLOODSHED untuk 'roadshow', program tv, konsert dan majlis-majlis makan malam tahunan.

 Tahun ini pula, Muzam telah membuat rakaman single album bertajuk 'Rahsia Hakikat' bersama MADRATTS Entertainment Production yang diterbitkan oleh Saudara REX dari kumpulan Heavy Metal, Nuclear Strikes. 

 Lagu 'Rahsia Hakikat' dicipta oleh Rex Nuclear Strikes dan Mizoyake. Lirik ditulis oleh Mizoyake dan Muzam. Album diriliskan dalam pasaran digital seperti Itunes, Spotify dan Deezer pada 2 Ogos 2015. Kini juga dalam bentuk cakera padat. 


Kulit album single Muzam bertajuk Rahsia Hakikat dihasilkan sepenuhnya oleh Madratts.

Sedikit temuramah Muzam bersama pihak Metal Blaster Webzine tempoh hari.

 Muzam masih dalam hubungan baik bersama kumpulan lamanya Bloodshed dan mereka saling menyokong karya masing-masing. Muzam menyatakan usaha single album ini dapat mewarnai industri muzik dan juga berkongsi hasil karya bersama pendengar.

 Muzam juga berasa gembira kerana dapat bekerjasama bersama rakan seperjuangan lama seperti Rex, Miyozake, Jun Jun dan juga yang lain. Bagi beliau, Rex merupakan seorang yangg berbakat, benar-benar berjiwa muzik dan tahu selok belok kerja muzik. Sehubungan itu, Muzam sangat kagum dengan usaha rekod label Madratts, yang baru sahaja menyambut tahun ke 6 ini sebagai langkah yang amat memberangsangkan dalam industri kian berkembang.  

 Muzam berharap agar lagu 'Rahisa Hakikat' dapat melonjak kerjaya seni beliau ke tahap yang lebih tinggi juga membuka mata pendengar di Malaysia bahawa mereka juga mampu buktikan usaha mereka akan membuahkan hasil. Akhir sekali, tidak lupa kepada peminat dan  pendengar,  Muzam harap dapat memenuhi citarasa pendengar terutama kepada yang meminati muzik-muzik 'slow rock'. Untuk info lebih lanjut boleh tekan link dibawah. Terima kasih kerana meyokong usaha kami ini. 

 Bagi saya, kita berkuasa untuk membentuk arah tuju industri muzik tanah air ke tahap yang lebih baik. Dengan itu, sokongan padu peminat amat penting bagi artis dan juga rekod label tersebut lagi-lagi pendatang baru seperti mereka ini. Sekian, terima kasih!

Dari Kiri: Muzam, DJ Fairuz, Jun Jun & Rex 'Nuclear Strike' di konti radio Muzik FM, Angkasapuri.


Video Temubual Muzam di Muzik FM (Rock Selamba)


Link :

Muzam
https://www.facebook.com/muzam2015

Rex 'Nuclear Strikes'
https://www.facebook.com/RexxMY

Madratts Record Label
https://www.facebook.com/madratts
Instagram : @madratts

Madratts TV
https://www.facebook.com/MadrattsTVWorldwide

Metal Blaster Webzine
https://www.facebook.com/MetalBlasterMY

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Muzam is a rock singer under the record label Madratts. He is also the former singer of the famous band in Malaysia, Bloodshed. Single album 'Rahsia Hakikat' are selling fast in the market also in digital form. Video recorded above are the interview sessions between Muzam and his producer Rex 'Nuclear Strike' interviewed by DJ Fairuz in segments 'Rock Selamba' the other day. Metal Blaster Webzine got the chance to collaborate with  Madratts Tv to make this happen. 



By Hilmi H


Catatan popular daripada blog ini

GOLDEN SERIES - SOFEA Legendary Malaysian Heavy Metal.

SYJ band originally from the ` Ex - December ' which also established by Syed Yusof Jamalulail ( at that time he was a member of the traffic police in Ipoh ) . It changed to the name ` SYJ ' in 1978 . The original members ` SYJ ' 1978 consists of Halim ( guitar and keyboard) , Fat Man ( bass ) , Pak Su Nor (drums - later replaced by  Din Urko) and Hamidi ( Flute ) . Female singer Rohana Kassim . SOFEA initially established by the late Syed Yusuf Jamalulail otherwise known as " Pak syed " with SYJ name in 1983 in Kampung Manjoi Ipoh, Perak . During the SYJ just playing weddings homes only. At that time, the original vocalist Amir SYJ'86 not he taken when vocalist audition for this group . Amir joined SYJ in 1985 . Pak Syed 's house when only a jamming studio . SYJ original singer has already retreated away from SYJ . In 1986 , SYJ'86 has joined the Battle of the Bands competition organized by Ali Bakar . At that time, the manager is Syed Yusuf J...

Shima

Ku Nazhatulshima Kamarazzaman atau lebih dikenali dengan gelaran Shima merupakan seorang penyanyi rock Malaysia sekitar awal tahun 90'an dahulu. Pun begitu, keupayaan beliau menyampaikan lagu pop yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu. Lagu Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin membariskan nama Shima sebagai antara penyanyi yang popular pada era 90an. Biografi Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada 12 September 1969. Shima mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor. Sejarah Awal Kerjaya Shima sebagai seorang penyanyi bermula dengan kumpulan Shima and The Boys menggantikan penyanyi asal kumpulan itu iaitu Ella, sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo dengan album Shima. Album sulung Shima yang diterbitkan oleh Sani, Usop dan Siso pada tahun 1990 itu telah menaikkan nama Shima sebaris dengan dengan ...

Artefacts - progressive metal band from Malaysia

Artefacts is a progressive metal band from Malaysia. The band started in 2011 by Farady Anuar, Azmizam Rashid, Nikko Abas, Dzul Hizami, Haziq Ibnul, and Zhafirry Fenner. After several line-up changes, the current line-up is Zhafirry Fenner as the vocalist, Nikko Abas and Iskandar Tajuden as guitarist, Dzul Hizami holds the position on the bass and Farady Anuar as the drummer. Combining progressive patterns, technical guitar riffs and atmospheric melodies can be the specs to define the band. Citing Born Of Osiris, Veil Of Maya, The Faceless, and The Human Abstract as their influances in generating music. The band released their debut EP entitled Exordium on the 9th of November 2013. Zhafirry Fenner - Vocalist Nikko Abas - Guitarist Iskandar Tajuden - Guitarist Dzul Hizami - Bassist Farady Anuar - Drummer Website -  http://artistecard.com/artefactsband Contact - artefactsband@gmail.com