Langkau ke kandungan utama

Shima



Ku Nazhatulshima Kamarazzaman atau lebih dikenali dengan gelaran Shima merupakan seorang penyanyi rock Malaysia sekitar awal tahun 90'an dahulu. Pun begitu, keupayaan beliau menyampaikan lagu pop yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu. Lagu Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin membariskan nama Shima sebagai antara penyanyi yang popular pada era 90an.

Biografi
Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada 12 September 1969. Shima mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor.


Sejarah Awal
Kerjaya Shima sebagai seorang penyanyi bermula dengan kumpulan Shima and The Boys menggantikan penyanyi asal kumpulan itu iaitu Ella, sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo dengan album Shima. Album sulung Shima yang diterbitkan oleh Sani, Usop dan Siso pada tahun 1990 itu telah menaikkan nama Shima sebaris dengan dengan puteri-puteri rock yang lain. Lagu Di Sebalik Sejuta Wajah ciptaan Umarul (Iklim) ini sebenarnya begitu popular pada masa itu hingga menaikkan nama Shima antara sebagai penyanyi wanita baru yang popular waktu itu.
Kisah Shima bukan habis setakat itu, malah selepas kemunculan pertamanya bersama kumpulan itu, muncul pula gosip kononnya Shima bergaduh dengan Ella gara-gara The Boys. Populariti yang dikecapi bukan sahaja telah mencatatkan sejarah dalam diari Shima sebagai anak seni, malah ia juga telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan peminat Ella & The Boys ketika itu.
Sedari awal Shima tahu apabila muncul bersama The Boys ramai yang menganggap dia merampas kumpulan itu daripada Ella. Tetapi sebenarnya, The Boys menawarkan beliau yang ketika itu menyanyi di sebuah kelab di Kelang untuk menjadi penyanyi utama. Selain Shima, Bibiyana Layola Lee juga pernah menjadi penyanyi The Boys ketika itu.
Hakikatnya, jodoh Shima bersama The Boys hanya bertahan untuk satu album sahaja. Shima kemudian meninggalkan The Boys untuk meneruskan karier secara solo dan masih mendapat sokongan daripada The Boys sendiri.

Kemucak Karier
Karier nyanyian Shima mencapai puncak kegemilangan apabila berjaya memenangai tempat kedua di Anugerah Juara Lagu edisi 1991 menerusi laguSetelah Aku Kau Miliki petikan album kedua beliau. Lagu ciptaan Saari Amri itu juga berjaya memberi tuah kepada Shima apabila turut memenangi anugerah persembahan terbaik. Sejak itu, Shima menerusi syarikat rakaman Sony Music merencana projek untuk album ketiga yang lebih baik. Ternyata album Shima 3: Teringin itu berjaya meledak di pasaran dan lagu Teringinmenjadi siulan anak muda. Lagu itu layak ke Anugerah Juara Lagu 1993, biarpun tewas di tangan Fauziah Latiff, Shima menebus kekecewaan apabila memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) diAnugerah Industri Muzik yang pertama kali diadakan.
Sony Music memberi peluang untuk Shima mencuba pelbagai jenis genre muzik menerusi penerbitan album More Than Your Girl pada hujung tahun 1993. Album berbahasa Inggeris itu berjaya meletakkan Shima sebagai penyanyi versatil. Tidak cukup dengan itu, Shima mencuba bakat dalam lakonan menerusi filem Sutera Putih. Ini bukan kali pertama beliau berlakon kerana sebelum itu pernah mencuba bakat dalam filem Red Hair Tumble in Malaya dan Kelisa.
Selepas itu Shima muncul semula dengan album Luka Dilukai pada tahun 1994. Album ini terus mengembalikan Shima sebagai seorang penyanyi wanita yang sangat popular di era 90an sebaris dengan nama-nama besar lain seperti Ziana Zain, Fauziah Latiff, Ella,Noraniza Idris, Aishah, Mas Idayu, Sheila Majid, Amelina, Amy Mastura dan Ramlah Ram. Disamping itu, Shima turut mewakili Malaysia bagi program Asia Live Special di Shanghai pada tahun 1996, anjuran NHK dan OTV.



Sewaktu Bersama The Boys

Catatan popular daripada blog ini

GOLDEN SERIES - Andromedha - 1992 - Konser Rock

Andromedha band Hard Rock dari surabaya Indonesia   Dalam formasi pertama, beberapa ahli permain lainnya iaitu Heru (Vokal), Lucky (Gitar) serta Yani dan Juki, pada 1989 merilis single 'Prestasi'. Masuk tahun 1990, ada perubahan ahli, yakni Pungky Deaz (Vokal), Hendrix Sanada (Bass) dan James (Keyboard) menggantikan posisi Heru, Yani dan Juki. Pada tranformasi ini menghasilkan single legendaris 'Lamunan' yang tersohor dan konon pula sempat merajai chart radio di Malaysia yang berdampingan dengan 'Isabella' nya SEARCH. Pada sesion rekaman debut album 'Konser Rock' tahun 1991, posisi James digantikan oleh Deny Ireng. Pada tahun 1992 hingga tahun 1993 posisi gitar ditempati oleh Ipunx dari Power Metal. Sementara Lucky sendiri masuk Power Metal. Diskografi : 1. Prestasi (single Komp Festival Rock #5), 1989 - Logiss Records 2. 'Lamunan' & 'Sengketa' (single Komp Rock & Metal I), 1990 - Harpa Records 3. Ko...

GOLDEN SERIES - SOFEA Legendary Malaysian Heavy Metal.

SYJ band originally from the ` Ex - December ' which also established by Syed Yusof Jamalulail ( at that time he was a member of the traffic police in Ipoh ) . It changed to the name ` SYJ ' in 1978 . The original members ` SYJ ' 1978 consists of Halim ( guitar and keyboard) , Fat Man ( bass ) , Pak Su Nor (drums - later replaced by  Din Urko) and Hamidi ( Flute ) . Female singer Rohana Kassim . SOFEA initially established by the late Syed Yusuf Jamalulail otherwise known as " Pak syed " with SYJ name in 1983 in Kampung Manjoi Ipoh, Perak . During the SYJ just playing weddings homes only. At that time, the original vocalist Amir SYJ'86 not he taken when vocalist audition for this group . Amir joined SYJ in 1985 . Pak Syed 's house when only a jamming studio . SYJ original singer has already retreated away from SYJ . In 1986 , SYJ'86 has joined the Battle of the Bands competition organized by Ali Bakar . At that time, the manager is Syed Yusuf J...

Al Atkins first Judas Priest singer. now May Project

 Atkins began his musical career in 1964, singing in a succession of blues rock outfits before forming a band in September 1969, named Judas Priest (named after the Bob Dylan song "The Ballad of Frankie Lee and Judas Priest"). Featuring a musical direction unrelated to the future metal band, this band lasted until April 1970, developing a small following in Birmingham before splitting up over creative differences. More noted for forming UK'S 'Judas Priest' anad fronting them for four year and laying down the foundations which would see them eventually selling 40 minllion album world wide. He also wrote sonds for them which went gold like 'Deramer Deceiver','Never Satisfied',Winter','Caviar and Meths' and Priest's all time classics 'Victim of changes'. As of 2012, Atkins fronts the band Atkins/May Project, which also features guitarist Paul May.  A press release dated 21 May 2011 stated that Atkins would...