Ku Nazhatulshima Kamarazzaman atau lebih dikenali dengan gelaran Shima merupakan seorang penyanyi rock Malaysia sekitar awal tahun 90'an dahulu. Pun begitu, keupayaan beliau menyampaikan lagu pop yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu. Lagu Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin membariskan nama Shima sebagai antara penyanyi yang popular pada era 90an. Biografi Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada 12 September 1969. Shima mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor. Sejarah Awal Kerjaya Shima sebagai seorang penyanyi bermula dengan kumpulan Shima and The Boys menggantikan penyanyi asal kumpulan itu iaitu Ella, sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo dengan album Shima. Album sulung Shima yang diterbitkan oleh Sani, Usop dan Siso pada tahun 1990 itu telah menaikkan nama Shima sebaris dengan dengan ...