Sebagaimana yang diketahui umum, dalam tahun 2011 terdahulu, NUCLEAR
STRIKES telah mengeluarkan sebuah EP berbahasa Inggeris berjudul
“Megastorm Eye” yang mana telah meledakkan nama mereka bukan sahaja di
rantau ini tetapi juga ke seluruh pelusuk benua Eropah, Amerika Selatan,
Amerika Syarikat dan Asia. Kini, setelah lebihkurang dua tahun tanpa
material baru, Nuclear Strikes kembali dengan rilisan Single “2.0.1.3”
dikeluarkan oleh MADRATTS PRODUCTION.
EKSTRIM mengambil kesempatan ini bertanyakan sekiranya ada perbezaan
ketara dalam single “2.0.1.3” berbanding “Megastorm Eye” EP yang lalu
dari sudut muzikal. “Tiada perbezaan di antara NUCLEAR STRIKES 2.0.1.3..
Kami masih mengekalkan elemen yang sama... cuma kita memasukkan elemen
muzik Malaysia, sesuai dengan citarasa para pendengar di Malaysia,
Indonesia, Singapura, Filipina dan negara serantau dengannya. Berbeza
pula dengan Full Album akan datang dalam elemen heavy metal asli dan
memberi jawapan kepada Megastorm Eye”, kata Rex Strike yang merupakan
pemain gitar utama dalam band Heavy Metal ini.
Difahamkan Single ini mengandungi dua buah lagu Melayu dirilis khas buat
peminat-peminat Nuclear Strikes di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Dua buah lagu yang dimaksudkan adalah; ‘Dunia Cinta Dusta’ dan ‘Problema
Cinta’. Tatkala disoal mengapa memilih senikata Bahasa Melayu untuk
single ini dan berdasarkan judul lagu temanya agak berbau cinta, komen : “Ini disebabkan, selepas kami mengeluarkan album penuh kami
yang hampir kesemuannya Bahasa Inggeris, semakin ramai peminat
bertanyakan tentang lagu berbahasa Melayu pula jadi kami mengambil
kesempatan ini untuk berbuat demikian. Selain itu, lagu ini lebih sesuai
untuk penerimaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada lapisan
masyarakat dan kaum”.
“Tema bagi Nuclear Strikes 2.0.1.3 ini kami akui berbaur cinta dan
cerita disebalik kisah cinta ini bukan hanya saja untuk insan bercinta
tetapi ianya lebih meluas kerana definisi cinta itu juga membawa banyak
maksud seperti lagu Dunia Cinta Dusta berkisahkan dengan berdasarkan
tajuk seperti 'dunia cinta'. Kalau kita cintakan dunia pun tidak boleh
juga kerana kehidupan kita sebenarnya di akhirat. Kerana dunia ini
hanyalah ujian buat kita”,.
Nuclear Strikes yang berasal dari Kajang dan dianggotai oleh Steelgirl Ladyana (vokal), Rex Strike (gitar), 1 2 Kill (gitar), Thunderbolt (bass) dan Iron Speed (dram) bakal melancarkan secara rasmi pengeluaran Single 2.0.1.3 ini semasa persembahan live mereka di Langkawi International Big Bike Fiesta 2013 di Pantai Cenang bertarikh 24-26 Mei nanti. Long Live Heavy Metal...
http://www.facebook.com/nuclearstrikes
http://www.facebook.com/groups/nuclearstrikes
http://nuclearstrikes.webs.com
http://nuclearstrikes.blogspot.com
http://www.facebook.com/madratts
Berita Dari EKSTRIM: http://ekstrim-info.blogspot.com/2013/05/nuclearstrikes2013.html